Wednesday, August 25, 2010

Konsep Penyampaian Program @H&H Intelligent

H&H Intelligent menyediakan satu konsep dan modul program asas (basic) yang berlainan dari agensi-agensi perunding yang lain.  Di sini H&H Intelligent menitik beratkan konsep perkongsian maklumat (sharing) dan pembelajaran spontan dari segi teknikal dan praktikal. Konsep teori yang berbentuk  fakta juga ditekankan tetapi peranannya di hadkan oleh kerana modul program ini harus disesuaikan dengan tahap pengalaman dan pengetahuan bakal usahawan (peserta). 

Kebanyakkan kursus dan latihan asas perniagaan yang lain disampaikan oleh tenaga pengajar yang mempunyai kelebihan akademik yang cemerlang. Tetapi untuk Program Usahawan Bijak, H&H Intelligent menggunakan tenaga pengajar / perunding yang terdiri daripada golongan usahawan sendiri. Tujuan utama kepakaran mereka ini diperlukan ialah untuk memberi gambaran yang jelas dan tepat mengenai situasi perniagaan yang sebenar dan bukan hanya berdasarkan teori dan pandangan akademik sahaja. Oleh itu, pengalama dunia perniagaan yang sebenar dapat dikongsi sepenuhnya di antara tenaga pengajar / perunding dan peserta-peserta program.

Konsep berinteraksi antara perunding (tenaga pengajar) dan peserta juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan peserta lebih berminat untuk mengetahui selok belok ilmu perniagaan asas ini. Konsep ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada gaya komunikasi dan juga kemahiran komunikasi di dalam dunia perniagaan.

Untuk memastikan peserta mengenali potensi diri mereka, tenaga pengajar akan sentiasa melontarkan soalan-soalan yang dapat mengeluarkan idea kreatif dari diri setiap peserta. Konsep mentor mentee ini dapat menggalakan peserta berfikir dengan lebih agresif dan pantas.

Selain itu, perkara yang paling penting dalam penyampaian program di Anzac Consultancy ialah konsep perkongsian tips-tips perniagaan semasa yang tidak dapat diperolehi di dalam kelas, buku atau internet. Secara tidak langsung, peserta program dapat mengaplikasikan setiap tips-tips yang dikongsi bersama itu untuk melengkap ilmu pengetahuan mereka dalam misi mereka untuk memulakan perniagaan di masa hadapan.

Objektif Utama Program Usahawan Bijak - Asas Perniagaan


a)      Menyediakan peserta program dengan pengetahuan-pengetahuan asas di dalam perniagaan sekaligus dapat menghasilkan peserta program yang berpengetahuan dan berkualiti.
b)      Sebagai salah satu saluran maklumat atau ilmu perniagaan yang berupaya disampaikan kepada usahawan (peserta) secara terus dan prakrikal.
c)       Untuk memberi daya keyakinan yang tinggi kepada bakal usahawan untuk memulakan perniagaan mereka.
d)      Meningkatkan peratus kejayaan di peringkat awal bagi setiap usahawan yang menceburi bidang perniagaan

KEBAIKAN PROGRAM ASAS PERNIAGAAN

·         Merupakan landasan yang tepat bagi usahawan untuk memulakan perniagaan !
·         Program ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang asas-asas menjalankan perniagaan sebelum mereka memulakan perniagaan.
·         Dapat melahirkan usahawan-usahwan EKS yang bermutu, berkeyakinan tinggi dan berilmu pengetahuan.
·         Untuk mengelakkan usahawa-usahawan EKS daripada membuat keputusan yang salah dalam menjalankan perniagaan mereka.
·         Memberi gambaran yang jelas mengenai situasi perniagaan di Malaysia serta mengenal pasti peluang-peluang yang ada.
·         Usahawan EKS yang berpengetahuan akan dapat bertahan lama di dunia perniagaan.
·         Modul program disampaikan sendiri oleh perunding-perunding yang juga merupakan golongan usahawan yang berjaya. 

GOLONGAN SASARAN

·         Program Usahawan Bijak – Asas Perniagaan ini sesuai untuk golongan usahawan yang mahu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
·         Program ini menyediakan one-stop-solution untuk keperluan khidmat nasihat kepada mereka tentang cara-cara yang betul dan sesuai (knowledge) untuk memulakan pernigaan mereka.
·         Peserta juga akan dibekalkan dengan pengetahuan-pengetahuan asas (awareness) dan maklumat (information) mengenai jenis bantuan dan kerjasama yang boleh dipohon daripada agensi-agensi kerajaan atau bukan kerajaan.

Golongan sasaran;

Ø  Usahawan Mikro
Ø  Usahawan yang pertama kali mahu memulakan perniagaan
Ø  Bakal usahawan seperti bekas mahasiswa dan mahasiswi.
Ø  Usahawanita (peniaga atau pengusaha perniagaan yang terdiri daripada Wanita)


Mengapa Program Usahawan Bijak Begitu Penting ?

·         Apakah yang perlu diketahui oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan ?

Usahawan kerap memulakan perniagaan dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang cetek. Kebanyakan usahawan percaya wang adalah segala-galanya untuk memulakan perniagaan. Tetapi bagamanakah dengan faktor-faktor lain seperti perancangan perniagaan yang sempurna? Adakah perniagaan anda bergantung kepada kepakaran anda semata-semata ? Usahawan Bijak akan merungkaikan fenomena ini.


Adakah anda yakin bahawa perniagaan anda akan menguntungkan dan pusingan modal anda juga mencukupi ?

Ramai usahawan terkandas pada peringkat awal perniagaan mereka. Perniagaan mereka lancar dan mendapat sambutan. Malahan pihak institusi kewangan jugak sudah meluluskan pinjaman. Tetapi perniagaan masih terus merosost dari hari ke hari. Mengapakah perkara ini terjadi? Usahawan Bijak akan membuka mata anda sebelum anda terjerumus ke dalam masalah ini.

·         Mengapakah anda tidak digalakkan melabur dan berkongsi perniagaan dengan teman yang rapat atau kaum keluarga sendiri ?

Idea perniagaan seringkali muncul secara spontan semasa di kedai mamak mahupun di dalam kereta. Dan seringkali juga anda berkongsi idea itu dengan teman rapat dahulu. Dan seringkali juga anda menawarkan teman anda sebagai rakan kongsi perniagaan anda kerana teman anda mempunyai modal serta sanggup berkonsi perniagaan dengan anda. Tetapi apabila memulakan perniagaan, tiba-tiba perniagaan menjadi kucar kacir akibat perselisihan faham yang berterusan antara anda dan rakan kongsi anda. Mengapa ini terjadi? Usahawan BIjak akan member tips-tips dalam memilih rakan kongsi atau pelabur dalam perniagaan anda.

Mengapa pilih Program Usahawan Bijak.. ?

H&H Intelligent telah membuat kajian melalui pengalaman yang dilalui oleh peserta Kursus Borong China (yang dianjurkan oleh Anzac Consultancy) untuk melihat tahap kejayaan peserta dalam memulakan perniagaan mereka. H&H Intelligent juga menerima banyak maklumat daripada EKS, institusi kewangan dan pelanggan / pembekal EKS itu sendiri bahawa kebanyakan golongan EKS tidak tahu cara-cara yang betul untuk memulakan perniagaan. 


Sikap terlalu yakin atau terburu-buru menyebabkan banyak usahawan kita terpaksa merangkak layu dalam menongkah dunia perniagaan, malah ada juga yang terpaksa gulung tikar. Ini terjadi bukan kerana produk yang dimiliki tidak sesuai atau modal yang tidak mencukupi, tetapi mereka tersilap langkah semasa memulakan perniagaan. Ini terjadi kerana usahawan kita terutamanya bumiputera amat kurang ilmu pengetahuan untuk berniaga dan bersaing di dalam dunia perniagaan.
 
Akibat daripada masalah ini, usahawan menanggung kerugian yang banyak dan merencatkan pertumbuhan EKS yang berdaya-saing di Malaysia. Malahan institusi kewangan juga mengeluh kerana ramai pemohon mereka gagal membayar pinjaman kerana perniagaan EKS yang gulung tikar.

Dengan adanya Program Usahawan Bijak, kini usahawan berpeluang untuk mempelajari bagaimanakah cara yang betul dan sesuai untuk mereka merancang dan memulakan perniagaan. Secara tidak langsung, usahawan yang berilmu dapat dihasilkan seterusnya menjamin mereka untuk berdaya-saing dan kompetitif di alam perniagaan yang mereka ceburi.

Di belakang tabir,,,

H&H Intelligent merupakan satu organisasi yang menyediakan khidmat perundingan perniagaan dan latihan kepada bakal usahawan dan juga usahawan baru di Malaysia. 

H&H Intelligent kini meluaskan skop program dan latihan kepada bakal usahawan di mana Program Usahawan Bijak diperkenalkan. Untuk menjayakan program ini  H&H Intelligent telah bergabung tenaga dengan beberapa perunding bebas untuk menyediakan modul-modul yang diperlukan dalam usaha menjayakan program ini.

Tujuan utama Program Usahawan Bijak ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada bakal usahawan dalam memulakan perniagaan mereka. Dengan adanya Program Usahawan Bijak ini, usahawan dapat mempelajari ilmu-ilmu perniagaan dengan lebih jelas dan terperinci. Secara tidak langsung, bakal usahawan dapat menjadikan Program Usahawan Bijak ini sebagai batu loncatan awal untuk mereka menerokai bidang perniagaan dengan cara yang betul dan efektif.

H&H Intelligent terdiri daripada beberapa orang tenaga muda yang mahir dan amat berpengalaman di dalam dunia perniagaan EKS. Tenaga-tenaga perunding atau pengajar di H&H Intelligent gemar untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan kebanyakkan modul penyampaian program yang disampaikan oleh tenaga pengajar adalah berdasarkan pengalaman yang diperolehi dari semasa ke semasa. Dengan adanya program-program yang dianjurkan oleh H&H Intelligent ini, di harap kualiti bakal usahawan akan dapat terus ditingkatkan sekaligus memberi daya saing yang lebih untuk mereka meneroka dan bertahan lama di dalam dunia perniagaan.