a) Menyediakan peserta program dengan pengetahuan-pengetahuan asas di dalam perniagaan sekaligus dapat menghasilkan peserta program yang berpengetahuan dan berkualiti.
b) Sebagai salah satu saluran maklumat atau ilmu perniagaan yang berupaya disampaikan kepada usahawan (peserta) secara terus dan prakrikal.
c) Untuk memberi daya keyakinan yang tinggi kepada bakal usahawan untuk memulakan perniagaan mereka.
d) Meningkatkan peratus kejayaan di peringkat awal bagi setiap usahawan yang menceburi bidang perniagaan
KEBAIKAN PROGRAM ASAS PERNIAGAAN
· Merupakan landasan yang tepat bagi usahawan untuk memulakan perniagaan !
· Program ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang asas-asas menjalankan perniagaan sebelum mereka memulakan perniagaan.
· Dapat melahirkan usahawan-usahwan EKS yang bermutu, berkeyakinan tinggi dan berilmu pengetahuan.
· Untuk mengelakkan usahawa-usahawan EKS daripada membuat keputusan yang salah dalam menjalankan perniagaan mereka.
· Memberi gambaran yang jelas mengenai situasi perniagaan di Malaysia serta mengenal pasti peluang-peluang yang ada.
· Usahawan EKS yang berpengetahuan akan dapat bertahan lama di dunia perniagaan.
· Modul program disampaikan sendiri oleh perunding-perunding yang juga merupakan golongan usahawan yang berjaya.
GOLONGAN SASARAN
· Program Usahawan Bijak – Asas Perniagaan ini sesuai untuk golongan usahawan yang mahu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
· Program ini menyediakan one-stop-solution untuk keperluan khidmat nasihat kepada mereka tentang cara-cara yang betul dan sesuai (knowledge) untuk memulakan pernigaan mereka.
· Peserta juga akan dibekalkan dengan pengetahuan-pengetahuan asas (awareness) dan maklumat (information) mengenai jenis bantuan dan kerjasama yang boleh dipohon daripada agensi-agensi kerajaan atau bukan kerajaan.
Golongan sasaran;
Ø Usahawan Mikro
Ø Usahawan yang pertama kali mahu memulakan perniagaan
Ø Bakal usahawan seperti bekas mahasiswa dan mahasiswi.
Ø Usahawanita (peniaga atau pengusaha perniagaan yang terdiri daripada Wanita)
No comments:
Post a Comment