Wednesday, August 25, 2010

Mengapa pilih Program Usahawan Bijak.. ?

H&H Intelligent telah membuat kajian melalui pengalaman yang dilalui oleh peserta Kursus Borong China (yang dianjurkan oleh Anzac Consultancy) untuk melihat tahap kejayaan peserta dalam memulakan perniagaan mereka. H&H Intelligent juga menerima banyak maklumat daripada EKS, institusi kewangan dan pelanggan / pembekal EKS itu sendiri bahawa kebanyakan golongan EKS tidak tahu cara-cara yang betul untuk memulakan perniagaan. 


Sikap terlalu yakin atau terburu-buru menyebabkan banyak usahawan kita terpaksa merangkak layu dalam menongkah dunia perniagaan, malah ada juga yang terpaksa gulung tikar. Ini terjadi bukan kerana produk yang dimiliki tidak sesuai atau modal yang tidak mencukupi, tetapi mereka tersilap langkah semasa memulakan perniagaan. Ini terjadi kerana usahawan kita terutamanya bumiputera amat kurang ilmu pengetahuan untuk berniaga dan bersaing di dalam dunia perniagaan.
 
Akibat daripada masalah ini, usahawan menanggung kerugian yang banyak dan merencatkan pertumbuhan EKS yang berdaya-saing di Malaysia. Malahan institusi kewangan juga mengeluh kerana ramai pemohon mereka gagal membayar pinjaman kerana perniagaan EKS yang gulung tikar.

Dengan adanya Program Usahawan Bijak, kini usahawan berpeluang untuk mempelajari bagaimanakah cara yang betul dan sesuai untuk mereka merancang dan memulakan perniagaan. Secara tidak langsung, usahawan yang berilmu dapat dihasilkan seterusnya menjamin mereka untuk berdaya-saing dan kompetitif di alam perniagaan yang mereka ceburi.

No comments:

Post a Comment