H&H Intelligent merupakan satu organisasi yang menyediakan khidmat perundingan perniagaan dan latihan kepada bakal usahawan dan juga usahawan baru di Malaysia.
H&H Intelligent kini meluaskan skop program dan latihan kepada bakal usahawan di mana Program Usahawan Bijak diperkenalkan. Untuk menjayakan program ini H&H Intelligent telah bergabung tenaga dengan beberapa perunding bebas untuk menyediakan modul-modul yang diperlukan dalam usaha menjayakan program ini.
Tujuan utama Program Usahawan Bijak ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada bakal usahawan dalam memulakan perniagaan mereka. Dengan adanya Program Usahawan Bijak ini, usahawan dapat mempelajari ilmu-ilmu perniagaan dengan lebih jelas dan terperinci. Secara tidak langsung, bakal usahawan dapat menjadikan Program Usahawan Bijak ini sebagai batu loncatan awal untuk mereka menerokai bidang perniagaan dengan cara yang betul dan efektif.
H&H Intelligent terdiri daripada beberapa orang tenaga muda yang mahir dan amat berpengalaman di dalam dunia perniagaan EKS. Tenaga-tenaga perunding atau pengajar di H&H Intelligent gemar untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan kebanyakkan modul penyampaian program yang disampaikan oleh tenaga pengajar adalah berdasarkan pengalaman yang diperolehi dari semasa ke semasa. Dengan adanya program-program yang dianjurkan oleh H&H Intelligent ini, di harap kualiti bakal usahawan akan dapat terus ditingkatkan sekaligus memberi daya saing yang lebih untuk mereka meneroka dan bertahan lama di dalam dunia perniagaan.
No comments:
Post a Comment